Dalam sesebuah perhubungan, pasti ada suka dukanya.. apatah lagi dalam sebuah perkahwinan..suka, duka, dan dugaan pasti ada.. tapi perlukah kita benarkan orang luar membinasakan perhubungan yg halal ini? Pokok pangkal adalah hati kita sendiri.. Jika sesuatu perkara itu boleh diperbaiki, mengapa mesti dibicarakan perpisahan? Jika seseorang yang kita sayang, perlukah kita korbankan mereka kerana pengaruh orang lain?
Masalah dalam perkahwinan bukan untuk tontonan umum jauh sekali buat kaum keluarga bercerita.. dan yang paling buruk akibatnya, apabila kita terpengaruh dengan kata-kata yg tidak enak atau nasihat yang tidak elok diberikan oleh kaum keluarga terdekat. Pokok pangkal tetap dihati kita sendiri.
Jangan kerana Nila setitik, Rosak susu sebelanga..
Jangan kerana nasihat tak elok, runtuh mahligai yg dibina..
No comments:
Post a Comment