
Sungguh aku bersyukur kerana di setiap dugaan yang aku lalui, walaupun perit dan payah... aku sangat sangat bersyukur aku tidak dilanda depressi.. atau bak kata orang putih, Depression.
Alhamdunillah.. Allah itu Maha Penyayang.. Walaupun tohmahan yang melanda dan yang memfitnahku sedemikian, ketahuilah demikian yang kamu akan menanggung dosa dosa ku.. Untuk itu, aku ucapkan terima kasih..kerana sudi mengambil dosa-dosa dari tangan kiriku dan diganti kepada tanganmu sendiri..
Berkat doa orang tuaku, dan dengan Izin Tuhanku, Allah SWT yang memelihara aku dan keluargaku dari segala kejahatan... aku masih mampu bertahan.. Alhamdunillah.. Syukran..
No comments:
Post a Comment