Monday, 6 May 2013

Dua Kalimah




filem Dua Kalimah

Filem: Dua Kalimah
Lakonan: Shaheizy Sam & Nora Danish

Dua Kalimah mengisahkan sepasang kekasih Aiman (Sam) dan Selena (Nora) gadis kacukan Melayu-Inggeris pulang ke kampung halaman Aiman, sepanjang perjalanan mereka berdua menghadapi tiga kematian daripada orang yang berlainan dan melihat sendiri azab yang diberi Tuhan secara tunai kepada si mati yang mana semasa hayat si mati pernah mengamalkan ilmu sihir, berzina dan tidak menghormati orang tua.

Selena yang melihat sendiri kejadian berkenaan berasa takut dan tahu itu adalah petanda Allah yang menyuruh mereka bertaubat, malah dia sendiri berharap Aiman yang dipandang tinggi ilmu agamanya oleh semua orang akan membawa Selena kembali ke jalan Allah namun mereka semakin terpesong akidahnya.

Aiman yang masih cintakan Humaira, tidak mahu mengahwini Selena, namun disebabkan kandungan Selena semakin membesar, dia terpaksa menipu Haji Idrus (Ustaz Dini) bahawa mereka sudah berkahwin.

Tibanya di kampung Aiman, semua orang menyambut gembira kepulangan mereka berdua kerana Aiman adalah anak kesayangan orang kampung oleh kerana akhlaknya yang baik.

Hari demi hari, Selena semakin dihimpit rasa bersalah dan nekad untuk menceritakan hal yang sebenar kepada keluarga Aiman. Malangnya Aiman bertindak mengugut Selena.

Satu hari, ditakdirkan Aiman jatuh sakit dan setiap pergerakannya terbatas malah dia juga sukar untuk mengucapkan dua kalimah syahadah.

Apakah nasib Aiman seterusnya? Masih sempatkah untuk Aiman bertaubat atas segala dosa-dosanya? Adakah Selena masih setia untuk menanti Aiman menunaikan janjinya?

   

Nota penulis:

Kisah Dua Kalimah ini sedikit sebanyak mengajar kita tentang hukum Allah.. perkara yang Allah murka pasti ada balasannya.. kadang-kala tidak payah tunggu akhirat, kat dunia jika Allah berkehendak, ia pasti berlaku.. jalan cerita Dua Kalimah ini menyedarkan kita betapa kecilnya kita sebagai hamba dimata Allah SWT, dan sebagai hamba, kita tidak terlepas dari dosa dan betapa lemahnya manusia tanpa berpegang pada tali Allah SWT.  Kisah dua pasang kekasih yang menjalani hidup dengan dosa dan akhirnya mahu balik ke pangkal jalan namun salah satu dari mereka tetap dalam keadaan ingkar.. maka ditunjukkan kepadanya hukuman Allah di dunia..

Moral: jangan kita sia-sia kan amanah yang Allah beri pada kita.. jangan sia-siakan peluang yang Allah beri untuk kita bertaubat.. sesungguhNya kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya..

Quote:
"Seorang isteri itu satu tanggungjawab yang besar pada suami.. Allah akan beri kamu ganjaran yang besar sekiranya kamu berjaya mendidik isteri kamu dengan agama Allah. "

No comments:

Post a Comment