Saturday, 27 July 2013

Cinta Kau Dan Aku.

Cinta kau dan aku. "Semakin kita SAYANG dekat seseorang itu, Allah akan menguji kita dengan pelbagai lagi DUGAAN untuk melihat sejauh mana tahap KESABARAN kita." Cinta kau dan aku is a novel written by a well known novelist, Siti Rosmizah. Due to its quality content, its has been "dramatized" featuring Fiz Fairuz and Sara Ali as their main leads. To be honest I am not really someone who would "stay loyal" or glued to the TV for some drama.. but I stumbled upon this drama "CINTA KAU DAN AKU" I got so engrossed with the story line and thanks to youtube.com I managed to watch the whole episode without any interference or commercials. I love the story line of this show.. I love the part where Farisya had to go through a lot as a wife...the sacrifice she had to go through, the tormentings word her husband threw at her.. and worst, how a man can simply cast his wife away.. To know more, catch this drama Cinta Kau dan Aku.. well I doubt if they still on TV but I am pretty sure that youtube have all its video...

Monday, 8 July 2013

Salam Ramadan

Selamat Menyambut Ramadan yang bakal menjelang..
Semoga apa yang dikerjakan di bulan yang mulia ini diberkati Allah SWT.
Dan mudah-mudahan kita bertemu lagi di ramadan yang akan datang dengan keadaan sihat walafiat.. In Shaa Allah..

Monday, 10 June 2013

CintaMu





Orang yang mencintai hartanya, dan segala yang ada padanya lebih dari Allah dan rasulNya, NANTIKAN.. AZAB ALLAH yang akan turun padanya.

Friday, 7 June 2013

Yusuf & Zulaikha

Cinta Yusuf & Zulaikha

Akibat konsprirasi saudara-saudara nabi Yusuf a.s , di negeri Kanaan , baginda terjual di negeri Mesir.

Maka Allah berfirman :

Maksudnya

Dan (setelah Yusuf dijualkan di negeri Mesir) berkatalah orang yang membeli Yusuf kepada isterinya: Berilah dia layanan yang sebaik-baiknya; semoga ia berguna kepada kita, atau kita jadikan anak. Dan demikianlah caranya kami berikan kedudukan Yusuf di bumi (Mesir untuk dihormati dan disayangi), dan untuk Kami mengajarnya sebahagian dari ilmu menta’bir mimpi. Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkan-Nya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Yusuf 21)

Ahli-ahli tafsir sepakat mengatakan orang yang membeli Yusuf a.s. adalah al-Aziz seorang pegawai tinggi atau Wazir kerajaan Mesir dan isterinya adalah Zulaikha , yang diharap menjadi ibu angkat kepada Yusuf a.s.

Siapakah Zulaikha ?

Maulana Abdullah Yusuf Ali didalam Terjemahan al Quran memetik tulisan karya sastra Zulaikha dan Yusuf oleh Jami r.h ( 817 H – 898 H ):

Zulaikha adalah seorang puteri raja sebuah kerajaan di barat (Maghrib) negeri Mesir. Beliau seorang puteri yang cantik menarik. Beliau bermimpi bertemu seorang pemuda yang menarik rupa parasnya dengan peribadi yang amanah dan mulia. Zulaikha pun jatuh hati padanya. Kemudian beliau bermimpi lagi bertemu dengannya tetapi tidak tahu namanya. Kali berikutnya beliau bermimpi lagi , lelaki tersebut memperkenalkannya sebagai Wazir kerajaan Mesir.

Kecintaan dan kasih sayang Zulaikha kepada pemuda tersebut terus berputik menjadi rindu dan rawan sehingga beliau menolak semua pinangan putera raja yang lain. Setelah bapanya mengetahui isihati puterinya, bapanya pun mengatur risikan ke negeri Mesir sehingga mengasilkan majlis pernikahan dengan Wazir negri Mesir.

Memandang Wazir tersebut atau al Aziz bagi kali pertama, hancur luluh dan kecewalah hati Zulaikha. Hatinya hampa dan amat terkejut, bukan wajah tersebut yang beliau temui di dalam mimpi dahulu. Bagaimanapun ada suara ghaib berbisik padanya : “ Benar , ini bukan pujaan hati kamu. Tetapi hasrat kamu kepada kekasih kamu yang sebenarnya akan tercapai melaluinya. Janganlah kamu takut kepadanya . Mutiara kehormatan engkau sebagai perawan selamat bersama-sama dengannya”.

Perlu diingat sejarah Mesir menyebut , Wazir diraja Mesir tersebut adalah seorang kasi, yang dikehendaki berkhidmat sepenuh masa kepada baginda raja. Oleh yang demikian Zulaikha terus bertekat untuk terus taat kepada suaminya kerana ia percaya ia selamat bersamnya.

Demikian masa berlalu, sehingga suatu hari al-Aziz membawa pulang Yusuf a.s. yang dibelinya di pasar. Sekali lagi Zulaikha terkejut besar, itulah Yusuf a.s yang dikenalinya didalam mimpi . Tampan, segak, menarik dan menawan.

Betullah sabda nabi yang diriwayatkan oleh Hammad dari Tsabit bin Anas bahawa Rasullah bersabda maksudnya :

Yusuf dan ibunya telah diberi oleh Allah separuh kecantikan dunia.

Kisah Zulaikha dan Yusuf dirakamkan di dalam Al Quran bermula surah Yusuf ayat 21 sehinggalah Yusuf a.s di penjarakan pada ayat 36 surah yang sama, kerana fitnah kononnya Yusuf a.s mengoda Zulaikha , isteri al-Aziz. Bagaimanapun pada ayat 51 surah yang sama Allah berfirman, maksudnya :

Isteri Al Aziz pun berkata: Sekarang ternyatalah kebenaran, akulah yang memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan sesungguhnya adalah ia dari orang yang benar. ( Yusuf 51 )

Selepas ayat tersebut Al Quran tidak menceritakan kesudahan hubungan Zulaikh dengan Yusuf a.s.

Bagaimanapun Ibn Katsir didalam Tafsir Surah Yusuf memetik :

Muhammad bin Ishak berkata bahawa kedudukan yang diberikan kepada Yusuf a.s oleh raja Mesir adalah kedudukan yang dahulunya dimiliki oleh suami Zulaikha yang telah dipecat. Juga disebut-sebut bahwa Yusuf telah beristrikan Zu­laikha sesudah suaminya meninggal dunia, dan diceritakan bah­wa pada suatu ketika berkatalah Yusuf kepada Zulaikha setelah ia menjadi isterinya,

“Tidakkah keadaan dan hubungan kita se­karang ini lebih baik dari apa yang pernah engkau inginkan?”

Zulaikha menjawab,

“Janganlah engkau menyalahkan aku, hai kekasihku, aku sebagai wanita yang cantik, muda belia bersuamikan seorang pemuda yang berketerampilan dingin, menemui­mu sebagai pemuda yang tampan, gagah perkasa bertubuh indah, apakah salah bila aku jatuh cinta kepadamu dan lupa akan ke­dudukanku sebagai wanita yang bersuami?”

Dikisahkan bahwa Yusuf waktu kawin dengan Zulaikha, ia menemuinya masih gadis (perawan) dan dari perkawinan itu memperoleh dua orang putra: Ifraitsim bin Yusuf dan Misya bin Yusuf.

Thursday, 6 June 2013

Ayat Qursi

Mulakan dengan Alfatihah dan kemudian Ayat Qursi..

In shaa Allah, diberkati dan dilindungi Allah SWT.

Day Life Doa Untuk Anak

Sunday, 2 June 2013

Siapa Terror?




Betul tak?? Bagi yang belum sedar... sedarilah para isteri punya waktu "kerja" hampir 24 jam dalam sehari.. Bagi yang bekerja, dah lah penat bekerja, pulang dari kerja kena uruskan anak-anak dan selepas tu makan minum suami.. tidokan anak, siapkan persiapan anak, selepas tu mengemas dan akhir sekali..oh belum sampai akhir.. nak layan suami bila dia pulang dari bekerja.. Ada suami, bila pulang dari kerja, makanan sudah tersaji.. bagi yang solat, dia akan solat lepas tu terus tido.. manakala seorang isteri tu masih lagi bertungkus lumus mengemas dan menyediakan persiapan buat esok.. haizzz.. mereka (para isteri) adalah orang yang paling awal bangun dan juga orang yang paling akhir dan paling sedikit tidurnya.. tak cukup lagi ke isteri seperti itu? masih lagi tercari cari cacat cela isteri atau masih ada juga suami yang langsung tidak ambil peduli...

Ada suami merungut bahawa mereka penat bekerja.. habis? isteri tu tak bekerja ke? mereka bekerja lebih banyak masa dari para suami tu.. kalao seorang isteri patut dibayat gaji dan overtime, gurantee suami tak boleh bayar! Confirm!!! :p kalao tak nak bayar, cuba ambil alih tugas isteri, tengok lah siapa lagi terror?

Saturday, 18 May 2013

Takdir



Tulisan Takdir itu memang sudah lama termaktub dalam loh mahfuz.. sudah ditulis oleh malaikat ketika kita berusia lima bulan dalam kandungan ibu.. walau apa pun yg kita telah lalui atau sedang lalui, ianya telah tertulis kesudahannya.. Doa yg baik sahaja dapat merubah namun tulisan takdir itu hanya milik Allah.. Bersabar dan bertawakal lah pada Sang Pencipta..

Sunday, 12 May 2013

Hari aku sebagai ibu..

Selamat Hari Ibu.. 12/05/2013

2013.. genap setahun aku dapat sambut hari Ibu.. dulu kami adik beradik akan raikan hari Ibu untuk ibu, tapi sekarang setelah menjadi ibu kepada putera tunggalku, hari Ibu menjadi lebih bermakna buatku..

Bila aku lihat keletah anakku,
bila aku tatap wajahnya..
bila aku renung sinar matanya,
bila dia tersenyum riang ketika memandangku,
bila dia memangggilku

aku lihat setiap gerak gerinya.. keletahnya, jari jemarinya, sinar wajahnya...

aku BERSYUKUR diatas segala nikmatNya.. aku berSyukur kerana Allah beri aku peluang jadi seorang ibu.. walaupun payah walaupun susah dan perit dari pengalaman mengandung, di saat melahirkan dan hingga ke saat ini, ketika usia puteraku mencecah setahun, aku tetap Bersyukur diatas pemberian Allah pada ku..dia lah satu satunya harta ku dunia dan akhirat.. dia bawa bersamanya rezeki dan dugaan untuk ku.. dan aku akan tetap menyayanginya.. aku menyayanginya kerana Allah..


Wednesday, 8 May 2013

mulut siapa lagi jahat?

Kalau orang kata, perempuan ni mulut jahat.. ada jugak lelaki yang jenis mulut jahat.. dan lelaki yg paling jahat sekali adalah lelaki yang mempermainkan kuasa Talaq. Lagi jahat mulut mereka ni kan?

Monday, 6 May 2013

Dua Kalimah




filem Dua Kalimah

Filem: Dua Kalimah
Lakonan: Shaheizy Sam & Nora Danish

Dua Kalimah mengisahkan sepasang kekasih Aiman (Sam) dan Selena (Nora) gadis kacukan Melayu-Inggeris pulang ke kampung halaman Aiman, sepanjang perjalanan mereka berdua menghadapi tiga kematian daripada orang yang berlainan dan melihat sendiri azab yang diberi Tuhan secara tunai kepada si mati yang mana semasa hayat si mati pernah mengamalkan ilmu sihir, berzina dan tidak menghormati orang tua.

Selena yang melihat sendiri kejadian berkenaan berasa takut dan tahu itu adalah petanda Allah yang menyuruh mereka bertaubat, malah dia sendiri berharap Aiman yang dipandang tinggi ilmu agamanya oleh semua orang akan membawa Selena kembali ke jalan Allah namun mereka semakin terpesong akidahnya.

Aiman yang masih cintakan Humaira, tidak mahu mengahwini Selena, namun disebabkan kandungan Selena semakin membesar, dia terpaksa menipu Haji Idrus (Ustaz Dini) bahawa mereka sudah berkahwin.

Tibanya di kampung Aiman, semua orang menyambut gembira kepulangan mereka berdua kerana Aiman adalah anak kesayangan orang kampung oleh kerana akhlaknya yang baik.

Hari demi hari, Selena semakin dihimpit rasa bersalah dan nekad untuk menceritakan hal yang sebenar kepada keluarga Aiman. Malangnya Aiman bertindak mengugut Selena.

Satu hari, ditakdirkan Aiman jatuh sakit dan setiap pergerakannya terbatas malah dia juga sukar untuk mengucapkan dua kalimah syahadah.

Apakah nasib Aiman seterusnya? Masih sempatkah untuk Aiman bertaubat atas segala dosa-dosanya? Adakah Selena masih setia untuk menanti Aiman menunaikan janjinya?

   

Nota penulis:

Kisah Dua Kalimah ini sedikit sebanyak mengajar kita tentang hukum Allah.. perkara yang Allah murka pasti ada balasannya.. kadang-kala tidak payah tunggu akhirat, kat dunia jika Allah berkehendak, ia pasti berlaku.. jalan cerita Dua Kalimah ini menyedarkan kita betapa kecilnya kita sebagai hamba dimata Allah SWT, dan sebagai hamba, kita tidak terlepas dari dosa dan betapa lemahnya manusia tanpa berpegang pada tali Allah SWT.  Kisah dua pasang kekasih yang menjalani hidup dengan dosa dan akhirnya mahu balik ke pangkal jalan namun salah satu dari mereka tetap dalam keadaan ingkar.. maka ditunjukkan kepadanya hukuman Allah di dunia..

Moral: jangan kita sia-sia kan amanah yang Allah beri pada kita.. jangan sia-siakan peluang yang Allah beri untuk kita bertaubat.. sesungguhNya kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya..

Quote:
"Seorang isteri itu satu tanggungjawab yang besar pada suami.. Allah akan beri kamu ganjaran yang besar sekiranya kamu berjaya mendidik isteri kamu dengan agama Allah. "

Saturday, 4 May 2013

Jangan marah anak..


Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
'' Janganlah kamu pukul anak-anak kamu di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Kerana pada empat bulan pertama kelahirannya Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi s.a.w. Dan pada empat bulan seterusnya pula ia mendoakan kedua ayah bonda nya.'' ( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a. )

Baginda Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bonda nya.
Bersabda Baginda Rasulullah s.a.w. :

'' Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuat nya daripada kebaikan maka di tuliskan untuknya dan kedua ibu bapanya. Dan apa yang di perbuat nya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuk nya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapa nya. Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya ia itu segala amal baik atau buruknya.'' ( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)

P/S : Anak adalah anugerah Allah. Didiklah mereka sebaik-baiknya. Asuhlah mereka dengan kasih sayang bukannya kekerasan dan tengkingan. Janganlah tangisan mereka itu merupakan tangisan terakhir yang mampu kita dengar kesan dari perbuatan kejam kita terhadap mereka


sumber utama: Kenapa Dilarang Memukul Anak Kecil Sedang Menangis? / KHALIFAH http://khalifahalhidayah.blogspot.com/2013/05/kenapa-dilarang-memukul-anak-kecil.html#ixzz2SfgOAt5D

Tuesday, 30 April 2013

Janji Allah pada yg halal


Ohpisang
Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.
Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…
 
1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.
 
2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)
Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.
Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.
 
Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?
 
3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.
 
4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)
 
5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.
Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.
Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah, Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.
 
Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).
Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).
6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)
Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.
 
7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)
Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.
 
8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)
Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.
 
9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)
 
10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)
Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.
Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah?

Monday, 29 April 2013

Kesetiaan Wanita Hebat dari Lelaki


Coretan: Ohpisang
Lumrahnya begitu. Sifat kesetiaan sudah sebati ada dalam darah daging wanita. Biarpun hakikatnya wanita juga mampu melakukan kesilapan besar tetapi kaum Hawa adalah umat paling jarang menduakan pasangannya. Manakala lelaki sering menggunakan alasan hak kuota empat untuk tidak setia.
Hubungan utuh terjalin dengan adanya sebuah kesetiaan. Memang sukar mahu kekal setia di era teknologi yang membenarkan kita menjalinkan hubungan persahabatan di alam maya. Kadang-kadang Facebook, Twitter dan Instagram juga mampu memusnahkan bukan sahaja percintaan malah sebuah perkahwinan.
Berikut adalah fakta kenapa persoalan di atas?
 
1. Wanita kurang berbohong berbanding lelaki. Wanita berkata benar setiap kali berdepan dengan persoalan-persoalan ‘cepumas’. Tetapi jika terkena lelaki, tidak tentu lagi jawapan yang diberikan ada kebenarannya. Senang cerita, dalam 10 patah perkataan, mungkin hanya sepatah yang betul.
 
2. Perempuan menerima lelaki seadanya, tanpa menilai status atau darjat. Susah senang wanita sanggup harungi bersama demi cinta. Lelaki zaman ini pula lebih cenderung memilih pasangan berdarjat. Sanggup meninggalkan pasangan HANYA kerana HARTA DUNIA.
 
3. Ketika lelaki mengalami masalah, wanita sanggup menjadi pendengar setia. Sering memberi sokongan. Segala nasihat akan diberikan. Semua saranan bakal dibentangkan agar si buah hati menemui jalan penyelesaian. Kadang-kala lelaki lupa akan pengorbanan wanita walaupun dia sekadar "meminjamkan" telinganya untuk mendengar segala keluh resah anda..
 
4. Memahami lelaki lebih di saat jatuh bangunnya dia. Wanita akan menghulurkan tangannya saat kehancuran pasangan. Takkan pernah terfikir meninggalkan pasangan walaupun lelaki itu tinggal sehelai sepinggang (mungkin ada yang kurang setuju, tetapi hakikatnya wanita yang sanggup susah bersama). Betul betul betul...
 
5. Sifat keterbukaan tanpa ada selindung. Wanita berterus-terang mengenai segala hal. Tiada apa perlu disorokkan. Berbanding lelaki yang punya pelbagai lapisan dalam diri mereka. Malah lebih banyak berselindung dari berterus-terang.
 
6. Menyimpan rahsia pasangannya dengan ketat. Segala rahsia diceritakan kepadanya pasti terkunci. Wanita tidak suka menjaja keaiban pasangannya. Mereka akan menyimpan segala rahsia walaupun hatinya dikoyak dan dirobek sesuka hati oleh pasangannya..
 
7. Tidak penah meminta-minta wang ringgit daripada lelaki kerana wanita kini lebih berdikari. Lelaki pula suka mengambil kesempatan
jika pasangan mereka lebih berduit. Terdapat juga kes di mana lelaki sanggup curang dengan isteri kerana tidak dimanjakan dengan wang.
 
8. Wanita berkorban lebih terutama melibatkan pasangannya. Sanggup membatalkan temu janji penting demi menjaga buah hatinya yang sakit, atau apa-apa juga keperluan yang didambakan. Hobbi yang paling best bagi orang perempuan adalah shopping.. jadi bila anda panggil dia dan dia sanggup batalkan niat nak pegi shopping tu kira "berkorban" juga..
 
9. Seandainya ada lelaki lebih kacak sekalipun memberikan perhatian dan nombor telefon, wanita lebih cenderung bercerita mengenai dirinya yang telah berpunya. Sebaliknya lelaki kalau mendapat perhatian wanita seksi, pasti mula mengaku solo.
 
10. Wanita tak kisah diajak bertandang ke rumah keluarga kekasih. Tak kira berapa pun usia percintaan tetapi wanita tetap tenang untuk berdepan keluarga kekasih. Lelaki selalunya memberi alasan belum bersedia. Padahal mereka takut jika berjumpa keluarga nanti, soal perkahwinan terpaksa dibincang lebih awal.

Kapten Kehidupan

Subhannallah...

Sunday, 28 April 2013

Lembut Hatimu Anggun Peribadimu

Lembut Hatimu Anggun Peribadimu..

Wanita seringkali dikaitkan dengan kelembutan.. Samada lembut tutur bicaranya atau lembut hatinya.. wanita memang lembut fitrahnya.. Lelaki yang beristerikan wanita yang lembut hatinya adalah satu "plus point" selain agamanya.. Segarang mana etikanya, sekasar mana tingkah lakunya, wanita biasanya lembut hatinya.. Lelaki seringkali menyalah tafsirkan akan kelembutan wanita.. Kelembutan wanita terletak dihatinya.. Yang boleh dipandang bukan dari wajahnya tapi matanya.. kerana disitulah pintu hatinya..

Bukan ke UKE pernah kata.. "cara paling berkesan terhadap wanita adalah berlembutlah dengannya.. InShaa Allah dia akan berlembut.. dah memang fitrah seorang perempuan itu lembut.."

Namun sesetengah lelaki yang tidak "halim", dia akan gunakan kekerasan terhadap wanita.. mereka rasa dengan berkeras atau dengan menggertak isteri mereka boleh dilembutkan dengan cara itu.. Memang..Salah!!

Wanita punya satu sifat yang cukup Indah, dijadikan Allah untuk menyempurnakan hidup kamu, wahai lelaki! Iaitu kelembutan hatinya.. dan dari kelembutan hatinya datang kekuatan untuk dia tetap berdiri bersamamu tatkala susah dan senang..tetapi ada sesetengah lelaki ni, bila dia tiada apa, dia sanggup bersama tapi apabila dia senang sikit, dia mulai lupa dengan pengorbanan isteri yang tetap berdiri teguh bersamanya..

Wanita diuji disaat lelaki tidak punya apa-apa..
Lelaki diuji disaat dia punyai segala-galanya..

Betul kan?

http://sphotos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/923350_457567434320522_2029628098_n.jpg

Insan Abdul Aziz

Pengalaman telah banyak mengajarku tentang kehidupan.. Kehidupan hari ni telah banyak berubah mengikut peredaran zaman.. Dalam pada itu, aku ditakdirkan bertemu dengan pelbagai jenis manusia.. Ada yang baik, Alhamdulillah.. ada yang..nauzubillah.. dalam ramai-ramai manusia yang aku temui, yang paling dasyat adalah jenis manusia yang sanggup makan daging sendiri..mereka ni jenis sanggup lakukan apa sahaja demi kepentingan mereka sendiri.. termasuklah melakukan kerosakkan tanpa mereka sedar.

Tak payah aku nak cerita tentang manusia perosak ni.. lebih afdal cerita tentang antara manusia-manusia yang aku temui yang baik budi pekertinya.. Diantara salah satu dari mereka, adalah arwah atuk saudara ku..Namanya Abdul Aziz. Allah berkati hidupnya dengan umur yang panjang.. waktu dia meninggal, dia berusia dalam lingkungan 105 tahun.
Kenapa aku kata dia baik?
Sebab sepanjang aku kenali dia, hidupnya dipenuhi dengan ibadah..
Solatnya tepat pada waktu.
Tikar sejadahnya adalah yang paling rapat dengannya..
Pakaiannya tidak selusuh sejadahnya..
Zikir menemaninya dikala sunyi..
Dia tidak punya anak atau isteri.. entah kenapa..tidak pernah pulak aku bertanya disaat hidupnya..
Dia paling rajin bersedekah...
Sehingga lah dia akhir hidupnya, di kala dia sudah bongkok tiga, dia tetap mengerjakan solat tepat pada waktunya..
Dia meninggal kerana sakit tua.. dia tidak punya penyakit..
dan yang paling istimewa, dia tidak nyanyuk..
Daya ingatannya masih kuat.. masih boleh berbicara secara normal..
penglihatan masih kuat..
Subhanallah.. Segala puji bagi Allah.. SekiraNya Allah berkehendakkan sesuatu, pasti berlaku..

Masih segar diingatanku, sewaktu dia menghembuskan nafasnya terakhir.. dia kelihatan amat tenang seolah-olah sedang lena.. lena yang panjang.. Dengan sekali hembusan, dia pergi meninggalkan kami..Semoga Allah tempatkan dia dikalangan hamba-hamba Allah yang beriman dan dijauhkan siksa kubur terhadapnya.. InShaa Allah..

Saturday, 27 April 2013

Tamak

Salah satu sifat buruk yang ada pada manusia adalah sifat TAMAK.. biasa kita nampak kan?? Sifat Tamak membawa pada kehancuran atau dengan istilah lain "orang tamak selalunya Rugi".. memang benar kenyataan ini..

"
Abu Al-Husain Al-Waraq Al-Saaburi r.a; Barangsiapa mengetahui akan dirinya kasih akan sesuatu daripada dunia, maka membunuh ia akan dia dengan pedang Tamak; dan barangsiapa Tamak dalam sesuatu, maka hinalah baginya; dan dengan hinanya itu [maka] binasa[lah] ia.  "

Perasaan tamak dan kedekut, bakhil merupakan sifat mazmumah, sifat yang tercela pada diri seseorang. Rasa tamak menjadikan seseorang tidak marasa cukup dan berusaha untuk mendapatkan yang lebih. Seseorang yang sudah merasa seronok dan senang dengan nikmat yang diberikan, tidak mahu nikmat tersebut hilang darinya bahkan rasa ingin lebih seronok dengan nikmat, maka timbul rasa tamak yang akhirnya mereka menjadi hamba kepada nikmat dan keseronokan.

Orang yang tamak pada pandangan mata penulis adalah orang yang jadi hamba pada dunia.. mereka selalu "takut" kehilangan harta benda mereka.. walaupun kadang-kala mereka tahu mereka tidak mampu untuk bertahan dengan harta benda mereka, namun mereka sanggup buat apa sahaja demi harta benda mereka.. Ada juga yang mampu merosakkan keluarga mereka atau keluarga orang lain demi kepetingan mereka sendiri.. tanpa mereka sedar mereka juga telah memporak-perandakan hidup orang lain.. Dah lah tamak dengan harta dunia, zalim pulak dengan orang.. Sungguh tak takut dosa.. Nauzubillah..

Friday, 26 April 2013

Sekadar mengingati.

Selidik lah latar belakang keluarga sebelum kita nak berumahtangga.. Ilmu agama itu penting.. Orang yang tidak punya tanggungjawab adalah orang memperlekehkan hukum agama.. Orang yang tidak bertanggungjawab adalah orang yang tidak takut pada Dosa..

Dan orang yang tidak takut pada Dosa tak patut dibuat kawan/ teman hidup/ menantu/ mertua!.. Berwaspada lah. . . .

Thursday, 25 April 2013

Chinta Rinjani


Nak tahu kenapa blog ni diberi nama Chinta Rinjani?

Rinjani diambil sempena nama sebuah gunung merapi di Lombok, Indonesia. Kenapa Lombok, kenapa tak bali ke.. Lombok ni sebuah tempat yang cukup istimewa pada penulis blog.. Cinta yang dihalalkan pada January 2011 telah membawa kami ke suatu destinasi yang cukup indah.. (*tak payah nak gi jauh jauh..sampai ke maldives atau mauritius.. Lombok ni cukup cantik..Subhanallah...yang paling best.. kaum penduduknya 98 peratus Islam..dari bagi negara-negara bukan Islam kaya, baik bagi negara Islam kaya kan.. hehehe)

Disini..pasangan yang diizinkan Allah bersatu dengan satu ikatan halal.. diizinkan Allah berpijak pada bumi Allah yang cukup cantik dan tenang mata memandang, Lombok. Ianya Cinta Halal..

Maka, lahirlah Chinta Rinjani.. nama yang cukup memberi makna yang banyak terkandung seribu satu macam memori terindah.. Salah satu nikmat yang Allah beri kerana cinta itu akhirnya halal dimataNya..

Chinta hadir dari erti kata cinta halal.. Rinjani hadir dalam erti kata Lombok.. Cinta Halal di Lombok..




Sunset was simply beautiful here... Masya Allah..

Icon Villa...
Salah satu sudut menarik yang terdapat di villa yang kami menetap..

     

Salah satu tempat yang paling istimewa di villa ini.. Sunset view..

Indahnya Hidup.


Imam Muda Asyraf

Sekembalinya Nabi SAW dari bumi Thaif. Berteduh Nabi SAW sebentar di bawah pohon anggur. Di dalam kebun milik Utbah dan Syaibah. Kesedihan jelas terpapar pada wajah Nabi SAW setelah dicerca dan dilontar batu oleh penduduk bumi Thaif. Utbah dan Syaibah memasang telinga mendengar pengaduan hebat dari seorang Rasul kepada RabbNya. Rintihan yang dipohonkan oleh Nabi SAW membuatkan kekafiran Utbah dan Syaibah tersebut juga lentur sehingga menyuruh khadamnya Addas untuk memberi anggur kepada Nabi SAW sebagai penghilang kelaparan.

“Ya Allah… Kepadamu aku mengadukan kelemahan kekuatanku,
Dan sedikitnya kemampuanku,
Serta kehinaanku dihadapan manusia.
Wahai Sebaik-baik pemberi kasih sayang,
Engkaulah Tuhan orang-orang yang lemah dan Engkau adalah Tuhanku.
Kepada siapakah Engkau serahkan diriku,
Kepada orang yang jauh yang menggangguku,
Atau kepada musuh yang akan menguasai urusanku,
Asalkan Engkau tidak marah padaku maka tiadalah keberatan bagiku,
Akan tetapi kemurahan-Mu jauh lebih luas bagiku.
Aku berlindung dengan Cahaya Wajahmu yang akan menerangi seluruh kegelapan,
Dan yang akan memberikan kebaikan segala urusan dunia dan akhirat,
Untuk melepaskan aku dari Marah-Mu,
Atau menghilangkan Murka-Mu dariku.
Hanya pada-Mu aku merintih berharap mendapatkan Keridloan-Mu,
Dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan-Mu
(Rujuk Raheeq al-Makhtum, Syeikh Safiyurrahman al-Mubarakfuri)

Perhatikanlah kehebatan tawakkal Nabi SAW. Lembaran hidup beliau menunjukkan pada kita bagaimana bagindan bertawakkal. Ketika Baginda di puncak penghinaan dan penolakan di Mekah. Diragut dengan pemergian dua orang pembelanya iaitu Abi Thalib dan isteri tercinta Khadijah dalam tahun yang sama. Sehingga tercatat lembaran sejarah memberi jolokan inilah tahun duka cita bagi Nabi SAW. Namun kedukaan ini tidak menggambarkan hilangnya rasa keseorangan di hati Nabi SAW. Kepada Allah dijadikan teman.

Khadijah dan Abi Thalib diwafatkan, agar Nabi SAW semakin tergantung hanya kepada Allah SWT. Terkadang, begitu cintanya Allah kepada kita, ia mengambil semua “sebab” yang telah kita terbiasa dengannya. Seolah-olah Allah ingin mengatakan kepada kita , “Wahai hambaKu, Aku ingin engkau datang dan berlindung hanya kepadaKu”. Ketika kita menyangka semua jalan sudah tertutup, lalu Allah menginginkan kita kembali padaNya hingga kita mengetahui Dia itu al-Wakil.

Lantaran itu doa yang sering dituturkan Nabi SAW menggoncangkan hati umatnya dalam meletakkan Allah SWT sebagai pelindung. “ Ya Allah, jangan Kau tinggalkan aku untuk diriku walau sekelip mata atau yang lebih sedikit dari itu. Kerana jika Engkau meninggalkanku, maka Kau tinggalkan aku dalam kelemahan, aurat dan kesilapan. Dan aku tidak percaya kecuali pada rahmatMu.” ( HR al-Baihaqi)

Penyerahan sebulat hati walau sekelumit kerdipan mata. Itulah tawakkalnya seorang Rasul. Di sisi lain Allah “cemburu” pada hati manusia. Allah mencintai kalau hati seorang hamba terkait denganNya sendirian ketika ia dalam kondisi taat. Tetapi kadang hamba itu disibukkan dengan urusan dunia. Lalu Allah mengambil dunianya tersebut agar ia hanya disibukkan dengan Allah semata-mata.

Nota Penulis

Coretan Imam Muda Asyraf banyak mengingatkan dan ianya salah satu sumber motivasiku untuk terus hidup demi cinta hati ku yang Allah beri pada ku.. Syukur ku panjatkan pada Ya Rabb kerana dibukakan hijab yang selama ini tersembunyi dan syukur ku buat yang Maha Pengasih diatas segala dugaanNya. . .
Tali cinta Allah Maha Hebat kerana Allah tidak akan tinggalkan kita walau sesaat pun.. tetapi manusia.. mereka boleh berubah dan meninggalkan kita dengan sekelip mata.. cinta manusia itu zalim bila tiada iman dan cahaya hidayah dari Allah..

Manusia buta tanpa pentunjuk ALLAH
Manusia cacat tanpa hidayah ALLAH..

Syukur ku pada Allah diatas petunjuk dan hidayahNya.. Subhanallah.. Indahnya hidup meraih kasih sayangMu, Ya Rabb..

Motivating

Motivating..

Happy Thursday..
Salam Malam Jumaat..

Wednesday, 24 April 2013

Marah




Nak cakap sikit tentang MARAH? Sifat Marah ni ada 4 macam.
1. Yang jenis cepat marah, cepat redanya.
2. Yang jenis cepat marah, lambat redanya
3. Yang jenis lambat marah, lambat redanya
4. Yang jenis lambat marah, cepat redanya.

Tengok sendirilah, awak tu jenis yang mana satu ye.. Pada aku kan, Jenis no 2 dan no 3 tu lah yang paling teruk.. Jenis yang marah tapi lambat nak reda ni jenis orang berdendam biasanya.. Cakap lah apa apa pun, semua tak jalan sebab bila marah tu sebenar hembusan bisikan syaitan. Sebab itu kalao kita nak "dirasuk" dengan kemarahan, pergilah ambil wuduk.  Marah itu ibarat setitik dari api neraka jadi padam lah ia dengan air wuduk.. InShaa Allah padamlah api kemarahan itu..

Aku paling TAK faham jenis orang yang marah tapi lambat nak reda.. Tak tahu lah nak marah sampai bila.. sayang sel hidup dalam badan tu mati sia sia ajer.. gara-gara kumpulkan marah. Jelek habis.. Marah ni dah macam penyakit.. sebab bila kita simpan marah lama-lama, boleh jadi dendam.. Bila dah jadi dendam, hati pun hitam lah.. boleh hilang pedoman hidup ni kalau simpan marah tu lama-lama..

Kesimpulannya, marah tidak mendatangkan apa apa hasil yang baik malah, ia bersifat merosakkan.. Silaturahim boleh terputus, kasih sayang jadi tegang, dan macam-macam lagi..


 

Bila kita marah, syaitan terlompat-lompat kesukaan..sebab dia dah berjaya buat kita marah..

Dah lepas marah, mula lah duk cam gambar kat bawah ni.. duk pikiaq sendiri.."betul ke tidak aku buat ni?"



Jadi bagi yang asyik nak marah ajer, tips nombor satu.. BANYAKKAN ISTIGHFAR.. kalao tak jalan, gi ambil WUDUK... kalao tak jalan jugak, pergilah solat sunat.. (solat syukur ke... bersyukur sebab tak jadi nak marah..) atau nak tambah pahala dari marah tak tentu pasal, pergilah BACA QURAN..

Atau sebelum nak marah, tengok muka kucing cute ni... tak jadi kan nak marah? he he he...

Monday, 22 April 2013

Khursus Istimewa

"kenapa khursus perkahwinan itu diadakan sewaktu sebelum berkahwin? mengapa tidak diadakan khursus selepas berkahwin..sebab biasanya masalah datang selepas kita berkahwin.. dan biasanya sebelum berkahwin, tidak ada masalah.." ~UKE

Diantara sedutan ceramah UKE yang aku dengar baru baru ini.. memang aku sokong cakap UKE.. banyak kebenarannya.. Di sini, setiap pasangan yang mahu mendirikan rumahtangga perlu hadiri khursus rumahtangga. Jika tidak, tidak dapat sijil perkahwinan.

Rasanya, ada perlunya diadakan khursus-khursus sedemikian sebab majlis ilmu sedemikian akan memberi banyak manfaat kepada pasangan yang telah mendirikan rumahtangga. Mungkin ada pihak yang akan menyoal.. jika diadakan kelas ilmu macam itu, ada ke orang nak datang? Hmmm... UKE akan jawab.. "Gunakan kretiviti anda lah!"  Biasa lah orang yang dah mendirikan rumahtangga ni selalu nya sibuk selalu.. sampaikan alasan "tidak ada masa" adalah alasan yang terbaik,bukan?

Pasangan harus diingatkan tentang tanggungjawab berkahwin dan berkeluarga. Jangan pula bila masalah datang menduga, pasangan mula kicar kacir atau yang lebih teruk, mereka lari.. lari dari tanggungjawab sebenar dan kemudian disalahkan orang-orang sekeliling. Tanpa ilmu, semua masalah yang datang tidak akan ditangani dengan betul.

Masih segar dalam ingatanku.. ketika aku dan suami menghadiri khursus perkahwinan kami.. Banyak aku pelajari dalam khursus itu.. dan isu yang ingin aku "share" disini adalah isu "MASA"

Fikirkan..
Dalam masa 24 jam sehari, kita peruntukkan 9 jam waktu bekerja.. (itu belum termasuk yang kena Overtime atau yang kena kerja lebih).. 2 jam lagi untuk ulang alik kerja... dah 11 jam.. tinggal lagi 13 jam.. 8 jam lagi untuk waktu tido.. bakinya 5 jam.. apa yang kita buat dengan baki 5 jam itu? ok.. makan, mandi, mengemas, memasak (bagi isteri yang memasak.. yang beli lauk tunjuk pun kena bagi masa nak ke kedai dan beli makanan).. katalah semua itu makan 2 atau 3 jam.. baki 2 atau 3 jam itu apa kita buat? cukup kah baki 2 atau 3 jam itu untuk kita luangkan masa bersama pasangan kita? Itu baru hidup berdua, kalau dah bertiga, berempat?

Kedua.. LONG TERM GOAL dalam perkahwinan.. Masih segar dalam ingatanku, kami ditanya, mengapa kami mahu berkahwin? dan kami perlu menjawab dengan jawapan masing-masing..

Jawapanku.. "sebab saya dah puas enjoy!" Jawapan poyo kan..hehehe.. namun maksud ku yang sebenar adalah.. " kerana saya rasa sudah tiba masa untuk saya galas 'jawatan baru' iaitu jawatan sebagai seorang ISTERI.. atau suri pada seorang suami.. dan saya tahu perjalanan sebuah perkahwinan bukan mudah... ia bukan satu noktah tapi bermulanya satu perjalanan hidup baru yang disulami pelbagai rintangan, cubaan dan dugaan.."

Jawapan suamiku.." sebab saya dah habis belajar, sudah bekerja dan sekarang saya sudah bersedia untuk berkahwin.."

Kebenaran hati seseorang hanya ALLAH sahaja yang tau..kerana Allah Maha Mengetahui segala-galanya..yang nyata dan yang tersirat..

Perjalanan hidup dalam perkahwinan ini harus ada LONG TERM GOAL. Kerana jika satu masa nanti, salah satu diantara kita tersasar dari makna sebuah perkahwinan, kita harus ingat kembali apakah motif kita berkahwin.. Hendak lah selalu kita ingat akan motif itu... sebab lalai dan lupa adalah salah satu sifat manusia..

Lalu bila aku pulang ke rumah, aku lakarkan LONG TERM GOAL aku..



Yeap...ini lah maksud atau erti kata LONG TERM GOAL ku dalam perkahwinan.. Sebab disaat aku dengar lafaz akad yang kau lafazkan.. aku tahu kau bukan saja pilihanku.. kau adalah pilihan yang Allah tetapkan buatku..yang ditulis disaat aku masih dalam kandungan ibuku.. kadang kala aku tidak mengerti mengapa aku memilihmu dan bukan orang lain.. akhirnya aku mengerti... Allah buka pintu hati ku untuk menerima mu seadanya.. dan aku tidak tahu apa lagi dugaan yang ada di hadapan.. walau apa pun.. aku redha...


 

Saturday, 20 April 2013

Anak

Anak




Anak itu anugerah.. Biasa kita dengar kan? Tapi tahukah kita Anak juga adalah harta..harta dunia dan juga akhirat. Harta dunia dalam erti kata lain.. kehadiran mereka bukan sahaja penyeri rumahtangga, mereka hadir dengan dugaan masing-masing dan dugaan ini secara tidak langsung adalah dugaan untuk kita, ibu bapa, sendiri.. ianya salah satu tanda kasih sayang Allah pada kita..

Anak juga bukti kekuasaan Allah pada hambaNya.. dari kecil hinggalah aku bergelar ibu, aku rasa kehamilan adalah satu rahmat dan salah satu tanda kebesaran Allah sebab dari janin yang kecil, ianya membesar hingga menjadi bayi yang cukup sifat.. menakjubkan bukan??

Mereka bukan sahaja penyeri atau penyejuk mata kita tapi mereka juga amanah Allah buat kita.. Fikirkanlah berapa ramai pasangan diluar sana yang mahukan anak namun amanah tanggungjawab terhadap seorang anak diberi pada pasangan lain.. pandang baik pada Allah.. Pasangan yang belum punyai cahaya mata punya bukan bererti Allah tak sayang, Allah mahu menduga kesabaran kita.. Allah lebih tahu akan kelemahan dan kekuatan kita dalam tanggungjawab membesarkan dan mendidik anak-anak.. dan pada yang punya cahaya mata, Anak bukan modal kita hari tua.. Anak bukan "investment" yang berhak dituntut bila kita tua nanti.. Contohnya,  ada ibu bapa yang suka ungkit tentang apa yang telah mereka berikan pada anak mereka.. " aku dah sekolah kan kau.. lepas tu kau buat dot dot dot..." ..."aku berhabis duit hantar kau kesana sini untuk kasi kau pandai.." Kan tak baik cakap macam tu.. seolah olah tak ikhlas pula besarkan anak.. anak pandai atau lembab, jangan salahkan mereka.. pegi lah check tup tup tup memang susur galur awak tu memang ada yang lembab kut?? (",)

Dahulu pernah aku bertanya pada ibuku, "nanti kalao dah besar, dah kerja, mak nak apa?" Lalu, ibuku menjawab, "doa"..Diam seketika.. kemudian dia menyambung.." nanti kalao mak dah takde nanti, jangan lupa doakan mak ye.."

Dan sekarang setelah aku sendiri bergelar ibu... perkara yang sama akan aku sampaikan pada anakku... kerana harta dunia seorang anak adalah dugaan yang mereka bawa bersama ketika melahirkannya dan harta akhirat mereka adalah doa anak yang soleh/solehah.

Didikan ilmu agama sangat penting dalam proses membesarkan anak.. adab dan hukum-hukum agama perlu dan mesti diterapkan dalam hidup mereka.. Jika tidak, yang menyesal kemudian hari, tak lain tak bukan kita juga.. dan itulah Amanah yang Allah beri pada kita.. Namanya.. Anak! Adalah tanggungjawab ibu dan bapa mendidik anak-anak ilmu agama.. sebab Melayu boleh hilang didunia.. Islam hidup dimana-mana.. dunia dan akhirat..

Jangan sia-siakan hidup anak, jangan halang pilihan hati mereka sekiranya pasangan mereka elok dan beragama.. jangan susahkan hidup mereka jika kita tidak mahu mereka susahkan hidup kita.. percayalah.. seorang anak akan belajar dari contoh hidup kita dan bukan dari apa yang cuba kita nasihatkan pada mereka.. sebab kadang-kadangkala nasihat ibu bapa tidak punya inti atau dalam makna lain, nasihat kosong!

Dan antara salah satu keistimewaan anak... mereka adalah pengikat kasih sayang suami dan isteri. Jika kita gagal mentafsir keistimewaan anak, sama lah dengan orang-orang yang tidak reti bersyukur akan nikmat Allah.

Kawal Marah

Terapi Kawal Marah..

Friday, 19 April 2013

pity

in most time when u tried your very best in trying to hurt me..trying hard to make me fall.. trying hard so that i'll be angry.. trying hard that I shall die with your words.. however just so u know that
in most times.. I pity you for such a wasteful efforts..