"kenapa khursus perkahwinan itu diadakan sewaktu sebelum berkahwin? mengapa tidak diadakan khursus selepas berkahwin..sebab biasanya masalah datang selepas kita berkahwin.. dan biasanya sebelum berkahwin, tidak ada masalah.." ~UKE
Diantara sedutan ceramah UKE yang aku dengar baru baru ini.. memang aku sokong cakap UKE.. banyak kebenarannya.. Di sini, setiap pasangan yang mahu mendirikan rumahtangga perlu hadiri khursus rumahtangga. Jika tidak, tidak dapat sijil perkahwinan.
Rasanya, ada perlunya diadakan khursus-khursus sedemikian sebab majlis ilmu sedemikian akan memberi banyak manfaat kepada pasangan yang telah mendirikan rumahtangga. Mungkin ada pihak yang akan menyoal.. jika diadakan kelas ilmu macam itu, ada ke orang nak datang? Hmmm... UKE akan jawab.. "Gunakan kretiviti anda lah!" Biasa lah orang yang dah mendirikan rumahtangga ni selalu nya sibuk selalu.. sampaikan alasan "tidak ada masa" adalah alasan yang terbaik,bukan?
Pasangan harus diingatkan tentang tanggungjawab berkahwin dan berkeluarga. Jangan pula bila masalah datang menduga, pasangan mula kicar kacir atau yang lebih teruk, mereka lari.. lari dari tanggungjawab sebenar dan kemudian disalahkan orang-orang sekeliling. Tanpa ilmu, semua masalah yang datang tidak akan ditangani dengan betul.
Masih segar dalam ingatanku.. ketika aku dan suami menghadiri khursus perkahwinan kami.. Banyak aku pelajari dalam khursus itu.. dan isu yang ingin aku "share" disini adalah isu "MASA"
Fikirkan..
Dalam masa 24 jam sehari, kita peruntukkan 9 jam waktu bekerja.. (itu belum termasuk yang kena Overtime atau yang kena kerja lebih).. 2 jam lagi untuk ulang alik kerja... dah 11 jam.. tinggal lagi 13 jam.. 8 jam lagi untuk waktu tido.. bakinya 5 jam.. apa yang kita buat dengan baki 5 jam itu? ok.. makan, mandi, mengemas, memasak (bagi isteri yang memasak.. yang beli lauk tunjuk pun kena bagi masa nak ke kedai dan beli makanan).. katalah semua itu makan 2 atau 3 jam.. baki 2 atau 3 jam itu apa kita buat? cukup kah baki 2 atau 3 jam itu untuk kita luangkan masa bersama pasangan kita? Itu baru hidup berdua, kalau dah bertiga, berempat?
Kedua.. LONG TERM GOAL dalam perkahwinan.. Masih segar dalam ingatanku, kami ditanya, mengapa kami mahu berkahwin? dan kami perlu menjawab dengan jawapan masing-masing..
Jawapanku.. "sebab saya dah puas enjoy!" Jawapan poyo kan..hehehe.. namun maksud ku yang sebenar adalah.. " kerana saya rasa sudah tiba masa untuk saya galas 'jawatan baru' iaitu jawatan sebagai seorang ISTERI.. atau suri pada seorang suami.. dan saya tahu perjalanan sebuah perkahwinan bukan mudah... ia bukan satu noktah tapi bermulanya satu perjalanan hidup baru yang disulami pelbagai rintangan, cubaan dan dugaan.."
Jawapan suamiku.." sebab saya dah habis belajar, sudah bekerja dan sekarang saya sudah bersedia untuk berkahwin.."
Kebenaran hati seseorang hanya ALLAH sahaja yang tau..kerana Allah Maha Mengetahui segala-galanya..yang nyata dan yang tersirat..
Perjalanan hidup dalam perkahwinan ini harus ada LONG TERM GOAL. Kerana jika satu masa nanti, salah satu diantara kita tersasar dari makna sebuah perkahwinan, kita harus ingat kembali apakah motif kita berkahwin.. Hendak lah selalu kita ingat akan motif itu... sebab lalai dan lupa adalah salah satu sifat manusia..
Lalu bila aku pulang ke rumah, aku lakarkan LONG TERM GOAL aku..
Yeap...ini lah maksud atau erti kata LONG TERM GOAL ku dalam perkahwinan.. Sebab disaat aku dengar lafaz akad yang kau lafazkan.. aku tahu kau bukan saja pilihanku.. kau adalah pilihan yang Allah tetapkan buatku..yang ditulis disaat aku masih dalam kandungan ibuku.. kadang kala aku tidak mengerti mengapa aku memilihmu dan bukan orang lain.. akhirnya aku mengerti... Allah buka pintu hati ku untuk menerima mu seadanya.. dan aku tidak tahu apa lagi dugaan yang ada di hadapan.. walau apa pun.. aku redha...
No comments:
Post a Comment