Saturday, 20 April 2013

Anak

Anak




Anak itu anugerah.. Biasa kita dengar kan? Tapi tahukah kita Anak juga adalah harta..harta dunia dan juga akhirat. Harta dunia dalam erti kata lain.. kehadiran mereka bukan sahaja penyeri rumahtangga, mereka hadir dengan dugaan masing-masing dan dugaan ini secara tidak langsung adalah dugaan untuk kita, ibu bapa, sendiri.. ianya salah satu tanda kasih sayang Allah pada kita..

Anak juga bukti kekuasaan Allah pada hambaNya.. dari kecil hinggalah aku bergelar ibu, aku rasa kehamilan adalah satu rahmat dan salah satu tanda kebesaran Allah sebab dari janin yang kecil, ianya membesar hingga menjadi bayi yang cukup sifat.. menakjubkan bukan??

Mereka bukan sahaja penyeri atau penyejuk mata kita tapi mereka juga amanah Allah buat kita.. Fikirkanlah berapa ramai pasangan diluar sana yang mahukan anak namun amanah tanggungjawab terhadap seorang anak diberi pada pasangan lain.. pandang baik pada Allah.. Pasangan yang belum punyai cahaya mata punya bukan bererti Allah tak sayang, Allah mahu menduga kesabaran kita.. Allah lebih tahu akan kelemahan dan kekuatan kita dalam tanggungjawab membesarkan dan mendidik anak-anak.. dan pada yang punya cahaya mata, Anak bukan modal kita hari tua.. Anak bukan "investment" yang berhak dituntut bila kita tua nanti.. Contohnya,  ada ibu bapa yang suka ungkit tentang apa yang telah mereka berikan pada anak mereka.. " aku dah sekolah kan kau.. lepas tu kau buat dot dot dot..." ..."aku berhabis duit hantar kau kesana sini untuk kasi kau pandai.." Kan tak baik cakap macam tu.. seolah olah tak ikhlas pula besarkan anak.. anak pandai atau lembab, jangan salahkan mereka.. pegi lah check tup tup tup memang susur galur awak tu memang ada yang lembab kut?? (",)

Dahulu pernah aku bertanya pada ibuku, "nanti kalao dah besar, dah kerja, mak nak apa?" Lalu, ibuku menjawab, "doa"..Diam seketika.. kemudian dia menyambung.." nanti kalao mak dah takde nanti, jangan lupa doakan mak ye.."

Dan sekarang setelah aku sendiri bergelar ibu... perkara yang sama akan aku sampaikan pada anakku... kerana harta dunia seorang anak adalah dugaan yang mereka bawa bersama ketika melahirkannya dan harta akhirat mereka adalah doa anak yang soleh/solehah.

Didikan ilmu agama sangat penting dalam proses membesarkan anak.. adab dan hukum-hukum agama perlu dan mesti diterapkan dalam hidup mereka.. Jika tidak, yang menyesal kemudian hari, tak lain tak bukan kita juga.. dan itulah Amanah yang Allah beri pada kita.. Namanya.. Anak! Adalah tanggungjawab ibu dan bapa mendidik anak-anak ilmu agama.. sebab Melayu boleh hilang didunia.. Islam hidup dimana-mana.. dunia dan akhirat..

Jangan sia-siakan hidup anak, jangan halang pilihan hati mereka sekiranya pasangan mereka elok dan beragama.. jangan susahkan hidup mereka jika kita tidak mahu mereka susahkan hidup kita.. percayalah.. seorang anak akan belajar dari contoh hidup kita dan bukan dari apa yang cuba kita nasihatkan pada mereka.. sebab kadang-kadangkala nasihat ibu bapa tidak punya inti atau dalam makna lain, nasihat kosong!

Dan antara salah satu keistimewaan anak... mereka adalah pengikat kasih sayang suami dan isteri. Jika kita gagal mentafsir keistimewaan anak, sama lah dengan orang-orang yang tidak reti bersyukur akan nikmat Allah.

No comments:

Post a Comment