Monday, 15 April 2013

chntrny : biasan kata.

Nukilan: chntrnjny.my
Ku fikir hidup itu indah bersamamu..
Ku tahu perkahwinan itu banyak dugaannya..
Ku rasa kau akan tetap bersamaku dalam menempuhi hidup bersama..
Hidup yang halal di mata Allah.. di jalan Allah...

Namun aku hanya insan biasa, seorang hamba yang alpa bahawa kasih sayang Allah itu lebih indah dari segala-galanya..

Diduga dengan campur tangan orang ketiga.. maka terbuka hijab yang selama ini tersembunyi disebalik "keikhlasan" yang dipamerkan.. Adakah aku marah? Tidak... Aku bersyukur kerana Allah telah membuka hijab yang selama ini membutakan pandangan ku.. Di dunia moden seperti sekarang, keikhlasan dipermainkan.. Pura pura ikhlas menolong padahal ada niat lain dihati..

Di sebalik itu juga, aku sedih kerana aku lihat hukum Allah diperlekehkan oleh orang-orang yang cukup khilaf.. Yang wajib jadi sunat, yang sunat jadi wajib.. YA.. itulah hakikat..

Kata Ustaz, apabila seseorang tidak dapat menerima hakikat, maka dia boleh buat macam-macam untuk merosakkan sebuah rumahtangga atau hidup orang-orang didalamnya.. sepertimana bulatnya dunia ini, ia berputar mengikut masa dan Izin Yang Haq. Begitu juga, hidup seorang perempuan.. hari ini kau seorang isteri, selepas itu seorang ibu dan kemudian seorang nenek dan kemudian yang kemudian sehingga ajal menjemput.. tidak terlintas ke di benak fikiranmu bahawa kau telah menganiaya dua hamba Allah yang tidak bersalah dengan perbuatan yang kau anggap "menolong dengan keikhlasan".. Tidak takut ke engkau takut dengan hukum Allah? Dengan doa kami? Doa orang dizalimi tiada hijab.. Di atas sebab kau tidak menerima hakikat bahawa akulah suri dihatinya, kau tanam sifat tak baik agar aku dibenci tanpa alasan yang cukup kukuh.

Kebaikan akan sentiasa mengatasi kebatilan.. sembunyikan lah kenyataan sebenar dan hiduplah dengan kebatilanmu sehingga tiba satu saat nanti,dengan izinNya, terbukalah hijab yang sebenar.. In shaa Allah..

Aku mahu kalian tahu.. aku tidak marah mahupun berdendam pada kalian.. yang sebenarnya, aku simpati pada kalian. Tersangat simpati.. istighfar lah sebelum terlambat..

No comments:

Post a Comment