Pengalaman telah banyak mengajarku tentang kehidupan.. Kehidupan hari ni telah banyak berubah mengikut peredaran zaman.. Dalam pada itu, aku ditakdirkan bertemu dengan pelbagai jenis manusia.. Ada yang baik, Alhamdulillah.. ada yang..nauzubillah.. dalam ramai-ramai manusia yang aku temui, yang paling dasyat adalah jenis manusia yang sanggup makan daging sendiri..mereka ni jenis sanggup lakukan apa sahaja demi kepentingan mereka sendiri.. termasuklah melakukan kerosakkan tanpa mereka sedar.
Tak payah aku nak cerita tentang manusia perosak ni.. lebih afdal cerita tentang antara manusia-manusia yang aku temui yang baik budi pekertinya.. Diantara salah satu dari mereka, adalah arwah atuk saudara ku..Namanya Abdul Aziz. Allah berkati hidupnya dengan umur yang panjang.. waktu dia meninggal, dia berusia dalam lingkungan 105 tahun.
Kenapa aku kata dia baik?
Sebab sepanjang aku kenali dia, hidupnya dipenuhi dengan ibadah..
Solatnya tepat pada waktu.
Tikar sejadahnya adalah yang paling rapat dengannya..
Pakaiannya tidak selusuh sejadahnya..
Zikir menemaninya dikala sunyi..
Dia tidak punya anak atau isteri.. entah kenapa..tidak pernah pulak aku bertanya disaat hidupnya..
Dia paling rajin bersedekah...
Sehingga lah dia akhir hidupnya, di kala dia sudah bongkok tiga, dia tetap mengerjakan solat tepat pada waktunya..
Dia meninggal kerana sakit tua.. dia tidak punya penyakit..
dan yang paling istimewa, dia tidak nyanyuk..
Daya ingatannya masih kuat.. masih boleh berbicara secara normal..
penglihatan masih kuat..
Subhanallah.. Segala puji bagi Allah.. SekiraNya Allah berkehendakkan sesuatu, pasti berlaku..
Masih segar diingatanku, sewaktu dia menghembuskan nafasnya terakhir.. dia kelihatan amat tenang seolah-olah sedang lena.. lena yang panjang.. Dengan sekali hembusan, dia pergi meninggalkan kami..Semoga Allah tempatkan dia dikalangan hamba-hamba Allah yang beriman dan dijauhkan siksa kubur terhadapnya.. InShaa Allah..
No comments:
Post a Comment