Sebusuk-busuk orang adalah orang yang TIDAK IKHLAS.
Orang yang tidak ikhlas adalah orang yang misalan.. kata nak menolong kita tapi disebaliknya ada niat lain yang dia inginkan dari menolong kita.. atau orang yang UJUB... riak dalam ibadatnya... bila ada tamu datang ke rumah, dia terperuk kat dalam bilik, tidak mahu keluar jumpa tamu.. kemudian beri alasan, tengah berzikir kat dalam bilik.. Astaghfirullah... jangan hairan ya...memang ada orang sedemikian rupa.. Banyak lagi contoh yang boleh digunakan..
Aku hairan namun aku tahu orang macam ni memang ramai dalam dunia.. entah kenapa mereka ni jenis kurang bergaul dengan orang.. dah lah kurang bergaul, dipanggilnya pulak orang lain dengan panggilan yang bermacam-macam.. (*kalao yang baik , takpe.. ni yang tak baik..)
Dalam hidup ini, perlu kita ingat..ujian Allah itu sentuhan kasih sayang Allah.. Allah duga kita dengan berjumpa dengan orang-orang sedemikian, yang macam contoh-contoh kat atas ni, supaya kita sedar, kita ini hanya ciptaan.. sampai masa balik juga ke tanah.. jadi tak payah lah dengki dengan orang, dendam dengan orang.. atau mengharap balas orang..sedangkan balasan Allah tu lebih baik dari balasan orang.. dan jangan lah kita aniaya sesama sendiri ya.. dan jangan busuk hati dengan orang.. berbaik sangka lah.. sekira kita tersalah berbaik sangka dengan orang dan dizalimi orang, tandanya Allah menduga kita dan bila Allah duga kita, bermakna Allah sayang pada kita.. Tiada yang lebih indah dari kasih sayang Ya Rabb..
Dan harus kita ingat, rezeki ni pun datang dari Allah.. duit seringgit yang dalam poket kita tu pun Allah izinkan ada pada kita.. jadi perlu ke kita jadi manusia ni sombong? Perhatikan duit seringgit tu dalam bentuk kasih sayang Allah.. Bila Allah tarik rezeki kita, seringgit pun belum tentu ada dalam poket.. namun bila Allah buka pintu rezeki dan kita ada duit seringgit.. Duit seringgit tu, kalao bijak, boleh kasi makan anak dan isteri kat rumah.. sebab pahala kasi makan keluarga kita besar.. dan dari seringgit tu diganda jadi sepuluh ringgit dan kemudian jadi seratus.. selain kerja keras, hendaklah kita sentiasa berdoa dan beringat dan bersyukur atas segala kenikmatan yang Allah beri pada kita.. jadi, jangan jadi manusia SOMBONG, atau manusia busuk hati , atau mengira atau mengharap balas orang setelah kita buat baik pada orang.. pandangan mata manusia Allah jadikan terbatas, kita hanya mampu melihat yang terbatas.. keikhlasan seseorang itu hanya Allah sahaja Maha Melihat..
No comments:
Post a Comment