Tuesday, 2 April 2013

Jangan Sombong



Perkataan meninggi diri mengikut istilah bahasa Melayu, ertinya ialah sombong atau angkuh. Pengertian dalam bahasa moden ialah ego. Mengikut syariat Islam, erti kibir ialah membesarkan diri kerana merasakan diri mempunyai kelebihan dan keistimewaan sehingga lupa kepada Allah dan menderhakainya.

Iblis enggan sujud kepada Nabi Adam AS. sewaktu Allah memerintahkannya. Dia membesarkan diri lantaran merasakan dirinya lebih utama dan lebih mulia daripada Nabi Adam AS. Kejadiannya daripada api sedangkan Nabi Adam AS daripada tanah. Itu saja penyebab yang dia rasa dirinya lebih hebat dan istimewa. Peristiwa kesombongan iblis ini Allah ceritakan dalam Al Quran, firman-Nya: “Dan (ingatlah) ketika Kami memerintahkan kepada malaikat: ‘Sujudlah kepada Ada.’ Dia (Iblis) enggan dan membesarkan dirinya. Maka sesungguhnya dia adalah dari golongan musyrik.” (Al Baqarah: 34)

TANDA-TANDA SIFAT SOMBONG:
 
1. Memilih-milih kawan. Suka berkawan hanya dengan orang yang satu ‘level’ atau sama taraf dengannya. Manakala dengan orang bawahan atau lebih rendah kedudukannya, dia tidak suka bergaul atau bermesra, takut jatuh status atau darjat dirinya. Bahkan dengan orang yang sama level dengannya pun masih dipilih-pilih lagi. Yakni dia suka dengan orang yang mahu mendengar dan mentaati kata-katanya. Mereka inilah saja yang dia boleh bermesra, duduk sama atau semajlis dengannya.
 
2. Susah hendak memberi kemaafan kepada orang yang tersilap dengannya.
 
3. Kalau dia yang bersalah, susah dan berat hendak minta maaf. Rasa jatuh wibawa bila merendah diri meminta maaf. Bahkan dia tidak mengaku bersalah.
 
4. Mudah berdendam dengan orang lain terutamanya bila orang itu tersilap.
 
5. Suka menzalimi orang sama ada secara kasar atau secara halus.
 
6. Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana perlukan orang itu atau kerana takutkan orang itu.
 
7. Suka mengangkat-angkat diri atau menceritakan kelebihan diri.
 
8. Kurang menghormati nikmat-nikmat Allah.
 
9. Kurang memberi simpati atau kurang menolong orang lain melainkan ada tujuan-tujuan dunia
 
10. Kurang minat menerima tetamu atau tidak suka jadi tetamu orang.
 
11. Dalam pergaulannya, dia saja yang memborong untuk bercakap dan tidak suka memberi peluang kepada orang lain bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang itu.
 
Kalau kita berbual dengan budak kecil, jangan sombong. Nanti mereka akan tanya balik, kenapa? Jawapannya, sebab Allah tak suka pada orang sombong dan nanti masuk neraka.. kan kan kan?? Budak kecil pun tahu tak boleh sombong...Jadi mengapa orang dewasa sombong dan riak? Fikir-fikirkan lah ye.. ;)

No comments:

Post a Comment