Begitulah betapa besar ertinya doa orang yang teraniaya. Allah terus memakbulkan orang teraniaya tanpa tangguh-tangguh lagi,sebagai balasan Allah terhadap orang yang berlaku zalim.
AdakalanyaAllah tangguhkan pembalasan di dunia,bukan kerana Allah lupa,tetapi untuk memberi masa supaya orang yang melakukan zalim tadi insaf,segera bertaubat.
Firmannya dalam surah Ibrahim,ayat42 :
Firmannya dalam surah Ibrahim,ayat42 :
"Dan jangan kamu menyangka bahawa Allah itu lupa terhadap apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim. Hanya Allah menundakan hukuman mereka sampai pada hari itu di mana di saksikan oleh semua mata."
Saidina Ali berkata: "Awaslah dari doa orang yang teranniaya,sebab dia minta haknya dari Allah dan Allah tidak menolak hak sesaorang."
Rasulullah SAW pernah bersbda yang diriwayatkan oleh Anas r.a.: "Zalim ada 3 jenis: Zalim yang tidak diampunkan oleh Allah, zalim yang mudah diampunkan oleh Allah dan zalim yang tidak dibiarkan oleh Allah.
Adapun zalim yang tidak diaampun oleh Allah,iaitu mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain. Manakala zalim yang mudah diampun oleh Allah ialah perbuatan maksiat antara manusia dengan Allah dan zalim yang tidak akan dibiarkan oleh Allah iaitu menganiayai sesama manusia,pasti akan dituntut oleh orang yang teraniaya di hadapan Allah."
Jadi jelaslah dari hadis tersebut di atas , betapa Allah tidak akan membiarkan hamba-hamba-Nya melakukan sesuka hati terhadap sesama manusia
Jadi jelaslah dari hadis tersebut di atas , betapa Allah tidak akan membiarkan hamba-hamba-Nya melakukan sesuka hati terhadap sesama manusia
- Ref to abnmulya
No comments:
Post a Comment