Ustaz Kazim kata,
" Kita nak harap orang buat baik pada kita, tapi kita tak buat baik dengan orang.. "
" kalao kita nak orang baik dengan kita, kita kena baik dengan orang dulu.. dan jangan harap orang balas balik pada kita, biar Allah saja yang gerakkan hati dia untuk balas pada kita, sebab gerakan hati dari Allah itulah yang terbaik.. "
"orang yang berharap BALASAN dari orang lain adalah orang yang TIDAK IKHLAS "
Dipetik dari ceramah khas Ustaz Kazim Elias ketika di Orchard Hotel, Singapura.
Pernah tak kita terfikir bila kita buat baik pada orang dengan niat yang ikhlas? Atau kita buat baik dengan orang supaya orang ingat kita baik padahal niat kita tidak ikhlas..atau kita harap orang akan pandang and balas setiap perbuatan baik kita?
Kata-kata Ustaz Kazim Elias banyak benarnya.. Orang yang berbuat baik kerana mengharap balasan orang adalah ORANG YANG TIDAK IKHLAS..
Niat kita, hati kita cuma Allah saja yang tahu.. Dengan ini, penulis berharap kata-kata dapat menyedarkan kita betapa khilafnya manusia dengan makna ikhlas. Berbuat baik lah dengan niat kerana Allah dan bukan kerana riak, takbur, ujub dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment