Tuesday, 26 March 2013

3K - kenapa kena kahwin?





Kenapa kita kahwin? Mengapa kita perlu kahwin?

1. Bernikah maknanya menghalalkan yang haram.

2. Bernikah bererti hubungan dua keluarga dieratkan menjadi satu keluarga besar.

3. Bernikah.. "Sempurna ibadah seseorang itu apabila ia bernikah.." Sabda Rasulullah saw yang bermaksud. “Sesiapa yang berkahwin sesungguhnya di telah memelihara sebahagian daripada agamanya.”

4. Bernikah.. membawa kepada kelahiran zuriat dan memperbanyakkan umat Nabi Muhammad SAW.

5. Bernikah.. Tiada aurat antara suami dan isteri. Sabda Rasulullah SAW, “Wahai sekalian pemuda, sesiapa di antara kamu yang sanggup berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin, maka sesungguhnya kahwin itu menghalang pandagan yang haram dan memelihara kemaluan. Maka sesiapa yang tidak sanggup berbuat demikian hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu adalah perisai baginya.”

6. Bernikah.. membina sebuah keluarga dan membimbing mereka ke jalan yang diredhai Allah

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan

7. Allah berfirman dalam surah An-Nisa' Ayat pertama sekali..
“Wahai manusia, bertakwalah kamu kepada Tuhan kamu, yang menjadikan kamu daripada jiwa yang sorang iaitu Adam, daripada Adam dijadikan Hawa, dan daripada keduanya percantuman mereka bagi perkahwinan ini, akhirnya lahirlah zuriat yang ramai; lelaki dan perempuan.”


No comments:

Post a Comment