Friday, 15 March 2013

Halim Suami Terbaik

Kata Ustaz Kazim serta Ustaz Azhar Idrus

Sebaik baik suami adalah suami yang halim..bukan namanya Halim, tapi yang bersifat halim ketika isteri kurang akal. (* kalao nak tahu lebih lanjut, setiap inci butiran makna halim seorang suami dan kurang akal seorang isteri ada diterangkan oleh Ustaz Kazim.. dengarkan lah ceramahnya yang bertajuk.."Sabar dengan karenah isteri")

Sebaik baik suami adalah suami yang halim.. yang halim ketika isteri sedang marah atau ketika isteri cerewet, yang halim ketika isteri didalam keadaan kurang akal. Ustaz Kazim kata.. "jangan marah dia.. bersabarlah..sebelum kita, suami ni, nak marah dia,INGAT balik.. dia lah orang yang lahirkan anak kita kedunia, susah atas susah dia ngandungkan zuriat kita, lepas tu kita suka suka nak marah dia, nak sepak terajang dia..jatuh zalim seorang suami yang sedemikian.."

Ada suami kata, kalao boleh dia tanggung beban isteri mengandung, dia akan tanggung, kalao hilang mata isteri, mahu diganti dengan mata dia sendiri.. namun itu belum cukup untuk jadi seorang suami yang halim.. ~Ustaz Kazim Elias Al Hafiz

Suami yang halim adalah suami yang sabar.. sabar dengan karenah isteri.. jadi sebaik baik suami dan yang paling baik adalah suami yang sabar..

Jadilah suami yang halim pada isteri.. 

Pengorbanan seorang isteri itu seringkali diperlekehkan suami sehingga ada suami yang bersifat zalim pada isteri..

No comments:

Post a Comment