Jodoh itu sememangnya rahsia Allah...
Buat yang belum bernikah,
Jodoh -
Kerana tulang rusuk dan pemiliknya TAKKAN PERNAH tertukar dan akan bertemu PADA SAATNYA..
Sepertimana aku dipertemukan pada suamiku... langsung tidak terlintas dihati yang inilah dia lelaki yang Allah tulis jodohnya dengan ku.. dan Allah tulis jodohku dengannya.. Siapa sangka kan?
Hingga ke saat ini, masih lagi aku memuji kebesaran Illahi kerana jodoh yang telah Dia tentukan buatku.. Memang benar, ada kalanya kita bercinta nak rak ngan orang lain, tapi akhirnya kita nikah dengan orang lain.. Dahulu, lepas putus cinta, aku cekalkan hati bahawa orang ditakdirkan buatku masih ada diluar sana.. hingga ke suatu waktu, dengan Izin Allah, akan bertemu juga..
Allah Maha Besar, telah ditulis ketika aku masih lagi didalam perut ibu, akan jodohku dengan siapa.. Akhirnya bertemu aku dengan suamiku, lapan tahun lepas.. berkenalan, bertunang dan akhirnya dinoktahkan dengan ikatan perkahwinan.
Selama lapan tahun, kami diduga dengan pelbagai rintangan, lebih-lebih lagi ketika hendak melangkahkan kaki ke alam perkahwinan dua tahun lalu.. Tak payah lah aku sebutkan peristiwanya, cukuplah dengan aku katakan, ianya banyak mendewasakan aku sebagai manusia dan bersyukur sebagai hambaNya..
Pelbagai dugaan telah kami tempoh bersama sehingga ke satu waktu, aku diduga lagi.. satu dugaan yang cukup hebat...sebagai isteri, sebagai ibu, sebagai wanita dan sebagai hambaNya... Allah saja yang tahu.. Sepertimana kita tahu, rahsia Allah itu milik Allah, namun rahsia hatiku, hanya Allah saja yang tahu..
Jodoh itu Rahsia Allah
Sekuat apa kita setia,
Selama mana kita bersabar
Selembut mana hati kita diuji
Seteguh mana kita tabah,
Seikhlas mana kita redha
Selagi tulisan takdir Illahi terukir bersama,
hanya Mati jurang pemisah..
No comments:
Post a Comment