Saturday, 2 March 2013

Ustaz Kazim Elias

Dalam ramai ramai ustaz yang ada di zaman ini, yang paling aku minat dan ikuti adalah Ustaz Kazim Elias Alhafiz. Of course, ada lagi yang cukup hebat seperti Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal Biyajid dan ramai lagi.. Namun dalam semua, yang paling berkesan ceramah dan khutbahnya adalah Ustaz Kazim Elias..



Dia banyak menyentuh isu isu masakini, soal jawab rumahtangga, hukum agama dan juga yang paling penting, hidup suami isteri zaman sekarang... salah satu ungkapannya yang paling best...

"Memang isteri kena taat pada suami.. tapi suami ni agak-agaklah..jangan sikit sikit sebab aku suami.. kalao isteri penat, apa salah kita tolong dia? .... orang perempuan ni cara dia senang aje... cuba berlembut dengan dia.. cakap lembut lembut dengan dia.. orang perempuan ni dijadikan Allah sifat pelembut, hati yang cukup lembut..nak apa? minta baik baik, cakap dengan cara berlembut, InsyaAllah dia akan ikut..Tak susah kan? Jangan sikit sikit nak tengking dia..marah dia... "

Cabaran Suami
" Dulu seringgit makan sorang, dah kahwin seringgit makan dua orang, dah ada anak, seringgit makan tiga orang... cuba bayangkan dugaan suami pada masa ini.. cukup hebat..fikirkan dengan baik.. "



Pada suami isteri yang baru atau dah lama berkahwin, cubalah dengar dan hayati kata-kata dan ceramah Ustaz Kazim... Insya Allah hidup kita akan lebih bermakna kerana kita tahu bersyukur dengan setiap nikmat dan pemberian Allah SWT pada kita...

2 comments:

  1. As Salam Ustaz, Apa Hukum Nya Orang Tak Gila Di- Panggil Orang Gila ? Orang Itu Hanya Makan Ubat Penenang Jiwa Di Klinik Psikiatri?

    ReplyDelete
  2. Ustaz Apa Beza Nya Orang Gila Dgn Orang Sakit Tekanan Jiwa . Boleh Kah Dia Solat ?

    ReplyDelete