Orang kata... "walau macam mana nak rak kita bercinta dengan dia, setia mana kita pada dia, tapi jika Allah tak tulis nama kita halal buatnya, kita tetap tidak akan jadi miliknya.."
Betul kan?
Tetapi line ni khursusnya buat pasangan yang belum bernikah... Boleh ke line ni pakai untuk pasangan suami isteri yang sah??
Rasanya tak..
Sebab pasangan suami isteri yang telah sah bernikah bermakna Allah dah tentukan mereka bersama dengan satu tali ikatan yang halal disisi Nya.. sebab tu orang kata... sayangilah pasangan kita kerana agamanya sebab bila kita terima pasangan kita kerana agamanya bererti kita menerima dia seikhlas dan seadanya..
Bagi orang yang telah bernikah,
" BERSABAR DENGAN KEKURANGANNYA DAN BERSYUKUR DENGAN KELEBIHANNYA.."
Bila kita bernikah dengan niat yang baik.. iaitu kerana niat mahu ikatan yang halal dimata Allah, insyaAllah perkahwinan itu dijaga Allah.. dan bilamana perkahwinan itu dilanda dugaan dan cabaran, ianya adalah sebahagian dari kehidupan..
Allah tidak menjanjikan kebahagian pada mereka berkahwin kerana kebahagian di dunia ini hanya berbekal sementara.. malah Allah beri kita pelbagai dugaan dalam rumahtangga..sebab Allah nak beri pahala syurga pada kita.. Allah tidak pernah menzalimi hambaNya.. namun Allah janjikan balasan syurga buat yang sabar dan taat pada perintahNya. Sebab itu ada hadis yang mengatakan, "Orang yang berkahwin itu sempurna ibadahnya.."
Jadi, buat suami isteri diluar sana, bila kita diduga dalam rumahtangga, bukan bererti kita harus memilih penceraian sebagai jalan penyelesaian.. Lihatlah ia sebagai salah satu ruang untuk anda dan pasangannya menjadi lebih matang dan baik dari sebelumnya.
Ingatlah, Allah izinkan kita bernikah dan menghalalkan hubungan kita dan pasangan kita bukan untuk kita membuat sesuatu yang dibenci Allah, iaitu bercerai.. Adakah itu cara kita bersyukur pada Allah diatas segala nikmat yang diberikan pada kita?
Fikirkan lah...
Mudah-mudahan Allah beri kita petunjuk dan hidayah.. sesungguhNya hidayah itu datang dari Ya Rabb.. Subhanallah..
No comments:
Post a Comment