Soalan: Bagaimana dengan orang yang berusaha sehingga merasa putus asa?
Jawapan:
Menurut hadis yang saya sebut dalam siri pertama – Nabi SAW bersabda dalam satu hadis Qudsi, “Dimakbulkan doa kamu selagi kamu tidak tergesa-gesa”. Sahabat bertanya, “Apa maksud tergesa-gesa”. Nabi menjawab, “Dia berdoa dan berkata bila nak dapat”. Seorang pakar motivasi mengatakan yang ‘there is no shortcut to success’. Mungkin kita sudah berusaha berubat dengan 100 doktor, tapi kita tak tahu yang doktor ke 101 baru akan dapat membantu kita. Oleh itu, jangan berhenti berusaha. Allah mempunyai perancangan yang lebih baik. Jangan sekali-kali terbit dari bibir, “Aku sudah berusaha, tapi belum dapat” kerana ianya menggambarkan putus asa. Hanya orang kafir yang berputus asa pada rahmat Allah. Nabi SAW sendiri juga diajar untuk bertawakal selepas berbincang dengan sahabat dan berusaha
Coretan Penulis Blog.
Telah banyak aku berusaha.. berusaha untuk yang terbaik.. Doa ku tak putus pada yang Maha Esa.. namun dugaan masih lagi mendatang... walaupun berat bahu memikul, aku tahu... Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.. aku diduga kerana Allah sayang pada hambaNya.. dan dari dugaan itu, bersirnalah rahmat Allah padaku.. Alhamdunillah..Ya Allah aku mensyukuri nikmat dan dugaanMu Ya Rabb.. aku rela cantik dimataMu dari mata dunia.. SesungguhNya rahsia Allah bukan milik hambaNya..
Soalan: Jika kita berusaha untuk mendapatkan sesuatu dan tidak berjaya, adakah perlu berhenti atau diteruskan saja?
Jawapan: Teruskan usaha kerana istiqamah itu penting. Jika berhenti, itu bermakna seseorang telah berputus asa. Teruskan berusaha dan jangan ada sekelumit pun rasa putus asa. Banyakkan juga membaca doa:
No comments:
Post a Comment