Tuesday, 19 March 2013
Kenapa kita diuji?
Mengapa Allah uji kita?
Sebab Dia mahu lihat sejauh mana keikhlasan kita dalam menerima dugaanNya dan redha hambaNya diatas segala ketentuanNya..
Walaupun qadak dan qadar telah ditulis sejak dalam perut ibu sekali, yang mampu meruba qadak dan qadar adalah doa.. Doa pada Allah.. kerana SesungguhNya Allah itu dekat dengan hambaNya yang berdoa padaNya..
Ujian Anak:
Kadang-kadang Allah uji kita melalui anak. Anak ini amanah Allah.. anak bukan investment, bila cukup masa kita suruh dia ganti balik apa yang kita dah beri pada dia.. Hikmah Allah beri anak pada kita kerana anak itu salah satu harta akhirat kita.. bila kita didik anak dengan betul, maka dengan doa anak dan IzinNya maka boleh berubah nasib kita di"sana" kelak.. Anak adalah amanah Allah pada kedua orang tuanya. Disamping itu anak juga pembawa rezeki pada ibu bapanya.. biasanya bila ibu mengandung, bertambahlah rezeki satu keluarga itu.. jangan tamak dengan harta atau rezeki yang diberikan.. sebab bila Allah beri kita rezeki lebih bukan untuk kita semata-mata, kerana hadirnya satu lagi tanggungjawab iaitu anak.
Apabila besar anak itu kelak, maka diuji lagi dengan kenakalan si anak.. Hinggalah dia meningkat dewasa.. itulah ujian anak..
Ujian Harta:
Allah juga uji kita dengan harta.. bagaimana kita belanjakan harta kita? Bukan ke rezeki itu datang dari Allah.. bila ada harta yang lebih, perlu juga kita sedekah kan pada yang kurang.. namun biasanya dengan harta, datang sifat Tamak pada manusia.. itulah ujian Harta
Ujian Pangkat:
Bila kita dinaikkan pangkat, bukan ke itu dengan Izin Allah? Pernah ke kita teliti kenapa kita dinaikkan pangkat? kadang-kadang kita dinaikkan pangkat sebab adanya satu lagi tanggungjawab dalam hidup kita. Dengan pangkat, Allah uji kita, adakah kita "ujub" dengan pangkat? Sifat takbur dan bongkak pada pangkat yang ada? Adakah kita lupa dari mana kita mula? Bukan ke dari bawah? mengapa perlu takbur dan sombong bila Allah kurniakan atau murahkan rezeki kita dengan pangkat?
Ujian kuasa:
Seorang lelaki diberi pelbagai kuasa.. Kuasa ketua dalam rumahtangga.. Kuasa sebagai imam di kalangan isteri dan anak-anaknya. Dan juga kuasa talaq. Kuasa dalam pekerjaannya.. dan dengan kuasa itu juga, Allah duga khalifah di bumiNya.. Dengan kuasa, manusia menzalimi dan dizalimi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment