Soalan: Ramai pasangan muda bercerai walaupun telah diberi kursus. Mohon ulasan ustaz?
Jawapan: Sebenarnya antara sebab utama adalah kurangnya ilmu rumah-tangga. Oleh itu setiap orang perlul mencari ilmu rumah tangga, kerana walaupun seseorang itu sudah mempunyai ijazah, belum tentu ilmu rumah tangganya mencukupi, bahkan mungkin masih sekadar tahap tadika sahaja
Soalan: Mohon ustaz kongsi tip untuk jadi orang istimewa seperti yang ustaz bincangkan semalam?
Jawapan: Pertama perlu ada istiqamah. Kedua: kurangkan pilihan dalam kehidupan – jika ada pilihan, orang akan pilih yang paling mudah. Ketiga: Banyakkan berdoa, dalam BM pun tidak mengapa. Satu tip yang saya ingin kongsi: jika tuan/puan sedang merasa susah dengan pasangan – ucapkan “La Haula Wala Quwwata illa billahi ‘aliyyil ‘azim” Barangsiapa mengucapkan ini akan diberi keikhlasan dan kekuatan dalam beramal dan menghadapi sesuatu.
Ulasan Ustaz Salim Jasman dalam program Refleksi - Suria
" ...bila kita berkahwin ni, sebaik baik ilmu yang kita bawa adalah ilmu agama..."